" Be amazing . Be good . Be pretty . Be strong . Be smart . Be cool . But the most important is , be YOURSELF "
Don't ask what the meaning of life is.

You define it.

Monday, September 10, 2012

Kau bukan untukku .


Assalamualaikum .

Aizat - Pergi


Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi




Sampai sini je cerita dongeng kau dan aku berakhir . Alhamdulillah . Walaupun diakhiri dengan tangisan air mata , tapi semuanya terjadi tanpa dendam di hati . InsyaAllah .

Awak bukan tercipta untuk saya . Saya bukanlah pelengkap tulang rusuk kiri awak . Mungkin dalam setahun ni , Allah SWT nak tunjukkan sesuatu untuk kita . Ada hikmah yang tersurat dan tersirat dalam semua ni . Dan kita perlu berpegang pada hakikat bahawa " Manusia hanya mampu merancang , namun Allah SWT yang menentukan segalanya . "

Berkali-kali saya ketepikan ego saya macam orang tak ada maruah hanya untuk awak . Memalukan diri sendiri . Bodohnya saya tika itu . Bodoh

Dulu , awak yang cantumkan kepingan-kepingan hati saya yang hancur menjadi satu balik lepas saya dikecewakan .

Sekarang , awak jugak yang menghancurkannya balik tanpa rasa belas kasihan . Mungkin bukan awak yang kejam . Tapi , keadaan .

Saya taktahu siapa yang bakal mencantumkan balik hati saya ni satu hari nanti . Boleh ke 'dia' cantumkan hati saya yang bagaikan kaca dipijak menjadi debu-debu ni ? Boleh ke ?

Satu harapan saya sekarang , semoga 'dia' yang akan cantumkan hati saya tu , ialah suami saya satu hari nanti . InsyaAllah . Suami yang akan bimbing saya ke jalan Allah SWT . InsyaAllah .

Bukan semua benda yang saya nak , saya akan dapat . Dan kadang-kadang saya takdapat apa yang saya nak . Tapi Allah SWT kurniakan apa yang saya perlu . Mungkin ada sesuatu yang saya perlu pelajari dan ambik iktibar daripada kisah kita ni . Saya cuma perlu bukak mata luas-luas dan pandang sekeliling saya .

Saya nampak apa yang Dia cuba tunjuk . Keliling saya ada mak ngan abah yang selalu support saya biar belajar betul-betul . Mak yang selalu bagi dorongan untuk saya dalam exam ni . Abah yang selalu ambik berat tentang anak-anak dia . Dan keliling saya jugak , penuh dengan kawan-kawan yang menyayangi saya . Alhamdulillah . Syukur Ya Allah . Kawan-kawan yang tak putus-putus bagi sokongan moral supaya saya kuat jalani hidup ni . Mereka pelengkap hidup remaja saya . Dan bukannya awak .

Walaupun sedih dengan pengakhiran cerita ni , saya tetap bangun untuk bangkit semula . Saya tahu saya perlu kuat demi mencapai kejayaan dalam hidup saya . Pergilah awak . Pergi jauh-jauh daripada hidup saya . Jangan tunjukkan muka awak depan saya . Walaupun mustahil . Hindarkan telinga saya daripada sebarang suara awak . Itu pun memang mustahil . Tiap-tiap hari bertembung kat sekolah . Ye dak ? Apapun , sekurang-kurangnya saya berusaha .

Pergilah kenangan . Pergi tinggalkan aku dalam dunia ku . Pergilah , Mohd Tarmiezi b. Ghazali .

Assalamualaikum .

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

"Aku sudah letih dari terus cuba untuk mengenali dan memahami dirimu. Mungkin memang kau ditakdirkan bukan untuk aku…"


No comments:

Post a Comment