Assalamualaikum .
Alhamdulillah aku still lagi bernafas kat muka bumi ni dan boleh sambuat ramadhan lagi . Alhamdulillah . Syukur ke hadratMu Ya Allah .
Dekatnya bulan puasa , dekat la jugak peperiksaan percubaan SPM yang akan tiba kira-kira 40 hari lagi . Subhanallah .
Dan juga dekat dengan pemergian Mak dan Abah yang bakal berangkat ke Tanah Suci selepas raya . Dan mereka pulang setelah 3hari berlangsungnya Peperiksaan SPM . Sedih hati ni woi takde mak ayah nak baca Yassin sama-sama sebelum nak masuk dewan tu . Sungguh sedih .
Dulu dah pernah rasa macam mana rasa sakit bila mak ngan abah takde naik pentas sama sama time ambik result PMR dulu . Memang sedih weh . Sungguh taktipu . Hari ambik result tu , aku nangis bukan sebab happy . Tapi sebab sedih mak ngan abah takde . HAHA .
And , last .
Ni post yang terakhir untuk sebelum Ramadhan ni . Lepas raya , kalau aku masih hidup , InsyaAllah aku akan update lagi . Sehingga ketemu lagi , Assalamualaikum .
selamat berpuasa :)
ReplyDeleteSelamat Berpuasa jugak . ;)
ReplyDelete