" Be amazing . Be good . Be pretty . Be strong . Be smart . Be cool . But the most important is , be YOURSELF "
Don't ask what the meaning of life is.

You define it.

Sunday, February 3, 2013

Opsss salah orang la !


Assalamualaikum .

Heyyaaa . Act ni post selepas post pasal kerja tu . Tapi takpe la . Aku nak update yang ni dulu . Emm cerita ni pasal sorang lelaki yang aku baru kenal . Dan perkenalan tu pun memang tak pernah terjangka dek fikiran aku ni .

Haritu , first day aku dapat lesen P motor . So , eksaited sikit la ke hulu hilir merempit kan . Hehe . Masa tu ada member au sorang mintak tolong . So , aku pun tolong la kan memandangkan tu member kamcheng aku . Masa otw nak hantar dia balik tu , aku ada la nak masuk satu simpang . Aku dah aim betul betul dah . Tapi target tak lepas wooo . Apalagi , dashhhhhhhh ! Berdentum kepala aku hantuk kereta orang , lepastu terseret atas jalan . Pheww . GILA ! Sampai sekarang pun bila terbayang balik , memang aku naik seriau . Meremang bulu roma woii ! .

Cuak gila masa tu woii . Dah lah first time accident . Lepastu , teruk pulak aku kerjakan kereta orang tu . HAHA . Nasib lah tuan driver tu baik . Dah lah tinggi tegap handsome pulak tu . HAHA . Gataaaaiii . Tengah sakit sakit pun , boleh lagi aku intai muka abang tu . HAHA . Lekk ah . Bukan selalu pun boleh cuci cuci mata . Kan ?

Lepas sesi berbincang bertukar tukar number phone apa semua tu , bla la . Aku time otw balik tu pun , menangis sungguh sungguh hati . Dah lah baru lepas xcident . Lepastu kena bawak motor nak balik rumah lagi . Lemah lutut weh . Sumpah . Masa tu memang fobia nak pulas motor . Sumpah . Memang menangis sungguh sungguh hati la . Dah la masa tu maghrib . Hujan pulak tu . Memang lengkap cukup pakej apa semua laaa .

And motifnya aku update cerita ni sebab aku dengan abang tu still contact sampai sekarang . And tiap kali call atau text ke mesti dah macam geng lama . Macam dah lama kenal . Boleh gelak gelak . Entah . Tapi dia memang sporting gila . Tapi sekarang sumpah aku terkilan . Sumpah aku terasa . Sumpah sumpah sumpah . Takpercaya dia ni jenis macam tu act .

Baru baru ni , dia ada datang tempat kerja aku . Masa tu memang dah nak tutup kedai sangat sangat dah . Dia nak hantar something . Tahu apa benda dia hantar ? Strawberry dengan coklat . K memang sweet gila gila . Macam tak caye sebenarnya . HAHA . First time dapat semua tu weh . I repeat , first time . Dia hantar je terus dia balik .

Lepastu text dia sekeping dua , tapi dia takreply . Tak syak apa lagi la masa tu kan . Diam je la . Malam tu baru la dia text aku . Rupa rupanya dia salah ornag selama ni . Selama ber-contact tu , dia ingatkan aku ni member aku . Sebab dia kata aku nampak lain . Masa xcident haritu , aku pakai jeans . Tapi dia kata aku pakai baju kurung . Sah sah lah bukan aku kan . Sah sah la tu member aku . Masa tu dah sedih dah . Tapi tahan je la kan . HAHA .

Sedih sebenarnya . Sebab hati baru nak berharap . Phuii . HAHAHA . Last last tak contact terus . Dia diam . Aku pun diam . Oh . Rupanya dia pun tengok fizikal . Hmmph . Rasanya takde lagi kot lelaki yng sanggup nak terima awek yang ber-fizikal macam ni . Hmmmphh . Sumpah lemah semangat . Setakat ni baru sornag yang mampu terima aku seadanya . Yang mampu terima segala kekurangan aku . Dia sorang je . Walaupun tak lama dia tu boleh terima , at least dia PERNAH terima aku ni seadanya . Tapi tu laa . Aku pulak yang bodoh . Takreti nak hargai dia . HAHA . Menyesal .

Tu je lah aku nak update pun . Terkilan sebenarnya . Padahal kitorang boleh je pun kalau nak jadi kawan walaupun beza umur kitorang 7tahun . Tapi tu lah . Dia senyap hilang berita terus , takkan aku nak jadi perigi cari timba kan ? Aku pun senyap je lah .

Apa pun , semua benda yang berlaku pasti ada hikmah nya . Assalamualaikum .





No comments:

Post a Comment