" Be amazing . Be good . Be pretty . Be strong . Be smart . Be cool . But the most important is , be YOURSELF "
Don't ask what the meaning of life is.

You define it.

Monday, July 30, 2012

The Future .



Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di sela doa dalam malam-malam yang sunyi
Ampun yang engkau pinta dalam semua keraguan yang telah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu
Pada diriku dalam jalan dan ridho-Nya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu, oh cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta pada-Nya
Melindungi dan menjaga kisah cinta kita




Assalamualaikum . 

Hai . Apa khabar semua ? Jyeahhh . Memang jawapan untuk soalan tu SURAT KHABAR pun . Kuikui . Siapa lembap memang ah takpaham . Aleena eh , mu beng klekek ah . HAHA .

Try tengok tajuk kat atas tu . Future ? Jujur la cakap kan . Memang tipu sangat kalau takpernah fikir pasal future bila umur dah lanjut macam sekarang . Ceh . Lanjut mu ah . Aku baru Form 5 weh . Kuikui .

Haritu aku ada ah tanya sorang classmate aku . Gini la soalan aku ,

" Gane kalau dia yang jauh tu , tetiba jatuh cinta kat orang lain ? Bila dia tanya setoko perasaan mu kat dia , mu nak jawab mende ? Walaupun sekarang mu ngan dia dok declare mende-mende ?  Kadang op , mu nok kahwin dok dengan dia ? "

Jawapan dia , " Aku nak kawen dengan dia . " Lepastu kan , budak ni menangis woi . Aku masa tu dah rasa serba salah . Sangat-sangat . Sungguh lah . Takku sangka takku duga la pulak dia ni memang sensitif kalau pasal cocot dia . 

Then , aku tanya lagi sorang . Yang ni pulak lelaki . Pun classmates aku .

" Mu pasti ke yang orang mu sayang sekarang ni akan jadi wife mu satu hari nanti ? Mu pasti ke yang mu ucap sayang tiap-tiap hari tu akan jadi pelengkap rusuk kiri mu ? Dan mu pasti ke mu boleh bimbing dia and masuk syurga sama-sama ? "

SubhanaAllah .

Terdiam dia sebab fikirkan soalan aku . Dia diam tu lama . Dan aku tegur la . " Woi . Mu jadi mikir ke ? " Dia pun jawab , " Ho lah . Aku jadi mikir ah . Betul ke orang yang kita sayang sekarang yang akan kahwin ngan kita and bahagia selamanya ? Tapi op , aku nak kahwin ngan dia weh . "


Aku jadi speechless . Sungguh pun . Sampai aku jadi mikir dua tiga hari ni . Siapa yang akan jadi pembimbing aku satu hari nanti ? Boleh ke dia bimbing aku ke jalan Allah SWT ? Boleh ke dia mencintai aku tak melebihi cinta dia kepada Allah SWT ? Sungguh la . Dalam Quran pun ada cakap . " Sesungguhnya wanita yang baik akan dikurniakan lelaki yang baik-baik . Begitulah sebaliknya . " Aku tak ingat ayat yang mana satu . 
Dan aku kena berusaha dari sekarang untuk jadi baik dan mendapat lelaki yang baik . Sesungguhnya Allah dah menentukan apa yanag terbaik untuk kita semua . InsyaAllah .

Kawan aku ada tanya ustazah dalam kelas . 

" Boleh ke kalau kita ubah takdir ? Kita berusaha untuk mengubah takdir dan mendapat apa yang terbaik . Takdok ah yang kecewa . Dan takdok ah yang terluka . "

Ustazah jawab ,

" Takdir ? Mana boleh . Kita bukan ada kuasa . Lagipun , awak nak ubah apa ? Sedangkan kita belum tahu apa yang akan jadi lepas ni . Kita belum tahu apa lagi yang Allah SWT dah aturkan untuk kita . Kita dok tahu . Doh macam mana kita nak ubah ? Kalau ada yang kecewa dan terluka dengan aturan Allah SWT , biasalah tu . Allah nak uji hamba Dia kuat ke dok . Dan Allah takkan uji hamba Dia kalau melebihi kemampuan hamba Dia untuk tanggung ujian dan dugaan tu . Pokok pangkalnya , kita kena usaha , doa dan tawakkal dengan apa yang diaturkan untuk kita . InsyaAllah . "


Kita perlu doa dan terus berdoa . Jangan sombong dengan Allah SWT . Selangkah kita dekat dengan Allah , seribu langkah Allah SWT mendekati kita . SubhanaAllah . 


Who'll be my leader in the future ? Is that you ? Or you ? 


Bismillahhirrahmanirrahim .

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi kerana kesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala keluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…amiin ya rabb...
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,
Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…

Amin Ya Rabbal Al - Amin . 


Assalamualaikum .




p/s : Act , aku teringin sangat bakal suami aku jadi imam . Untuk aku atau orang lain . Sekurang-kurangnya 10 orang . Teringin sangat . InsyaAllah .



No comments:

Post a Comment