" Be amazing . Be good . Be pretty . Be strong . Be smart . Be cool . But the most important is , be YOURSELF "
Don't ask what the meaning of life is.

You define it.

Thursday, July 5, 2012

Surah-surah pilihan . :)


Assalamualaikum .

Bismillahhirrahmanirrahim ....


Surah Al-Kahfi
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”
Surah As-Sajdah
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar."
Surah Yassin
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.
Surah Ad-Dukhan
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.
Surah Al-Waqiah
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”
Surah Al-Mulk
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
7 Ayat 
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”

Nabi S.A.W bersabda : “Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar di muka  bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku.”


Ayat-Ayat Syifa' (Penyembuh)

Surah Yunus : 57 ” Dan penyembuh (penawar) bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada.”

Surah al-Nahl : 69 “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.”

Surah al-Isra’ : “Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.”

Surah al-Syu’ara : 80 “Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.”

Surah al-Fussilat : 44 “Katakanlah : Al-Qur’an itu ialah petunjuk dan penawar.”




Selawat Syifa : Maksudnya ” Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.”


  • Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
  • ‎Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
  • Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎
  • Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
  •  Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.




TASBIH KIFARAH :

"Subhanakallah humma wabihamdika  Asyadu an la ilaha illa anta Astaghfiruka waatubu illaik" .

MAKSUDNYA:“Maha Suci engkau Ya Allah dan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkau dan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu” 





Sadaqallahhulazaim . May Allah bless all of us forever and always . Assalamualaikum .


No comments:

Post a Comment