" Be amazing . Be good . Be pretty . Be strong . Be smart . Be cool . But the most important is , be YOURSELF "
Don't ask what the meaning of life is.

You define it.

Sunday, February 19, 2012

Bulan Sedih Aku .




Assalamualaikum .

Hey . Harini kan sedih sangat-sangat . Act , aku dah nak menangis time kat sekolah tadi . Tapi , aku cuba kuatkan semangat . Dalam hati aku sebut nama Allah banyak-banyak taknak bagi aku lemah semangat . Act , aku malu . Malu sebab dah banyak kali rasanya aku menangis kat sekolah . Malu dengan kawan-kawan . Malu dengan cikgu-cikgu . Malu dengan junior . Malu dengan diri sendiri . Malu yang teramat sangat .

Time balik sekolah tadi pun , aku cuba untuk tak menangis depan orang . Aku kuatkan hati . Aku kuatkan semangat . Aku taknak air mata ni mengalir depan mak aku . Aku cuba tahan . Sampai je rumah , berderu-deru dia jatuh . Nasib baik sempat masuk bilik . Aku sedih . Aku menyesal sangat-sangat . Aku menyesal sebab aku terlalu ambik mudah , ambik remeh pasal exam ni . Aku tak serius . Aku khayal . Aku terbang ke awan biru . Dan , bila aku jatuh macam sekarang , terasa macam sakit sangat . Sangat-sangat .

Bila difikirkan balik , terlalu banyak masa aku disia-sia kan macam tu je . Memang result aku jatuh teruk sangat-sangat exam ni . Orang boleh la cakap ni just TOV . Tapi bagi aku , ni exam penting jugak la kan sebab exam ni yang menentukan kita berada di ranking yang mana . Semua cikgu-cikgu yang mengajar kelas aku pun , dah macam lain . Mungkin tu perasaan aku semata-mata . Tapi ..... Hurmmm . Sedih wehh . Cemburu tengok orang lain boleh tersenyum lebar tiap kali dapat markah . Meh cakap kat aku , takkan nak tersenyum lagi kot bila dah markah paling rendah dalam kelas ? Malu woot . -.-'

Mungkin aku perlu usaha lagi untuk exam yang seterusnya . InsyaAllah , aku berusaha baik-baik . Aku taknak main-main dah . Ahad , Isnin , Rabu , Khamis , Jumaat dan Sabtu , aku full dengan kelas . tu belum masuk kelas tambahan petang kat sekolah . perghhh . Tak apalah . Tahun ni tahun akhir aku nak usaha sungguh-sungguh hati . Ya Allah , sedihnya hati ini .

Tadi , terlalu banyak rahsia dan cerita yang dah dirungkaikan . Macam errr je bila dapat tahu . Dalap berpasangan , kita saling melengkapi . Kelebihan awak melengkapkan kekurangan saya dan kelebihan saya melengkapkan kekurangan awak . InsyaAllah .


p/s : Aku kecewa dengan result subjek SEJARAH aku . Aku memang confident sangat-sangat time jawab paper tu . Sumpah sedih sangat-sangat bila dapat tadi . Aku sepenuh hati study subjek tu sampai tak tidur malam . erghh . Mungkin hubungan antara aku dan DIA masih belum kuat . InsyaAllah aku akan perbaikinya untuk menjadi yang terbaik . Amin . InsyaAllah .

kbye . Assalamualaikum . Aku sedih . Aku nak menangis . Aku nak someone . Aku nak peluk someone . Aku nak mak aku . :'(


- Rupanya , masih ada yang peduli . ILOVEYOU . -

No comments:

Post a Comment