Assalamualaikum .
Pheeww . Lamanya rasa tak update blog ni . Dah bersawang sangat ni haaa . Entah laa . Hidup macam tade apa benda sangat yang jadi sejak sejak habis sekolah ni . Sumpah bosan gila . Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit kot kebosanan macam setan tu . HAHA .
Sungguh la . Semua benda yang kita buat mesti adanya first time dia . Kan ? Pernah terfikir tak ? Aku pun baru je termari idea tu masa nak taip title post ni tadi . Hmmm . Macam awkward act nak update ni . HAHA .
Lek ah . Aku nak citer sal pengalaman first time aku kerja . First time belajar cari duit sendiri . First time belajar berdikari nak berdiri atas kaki sendiri ni . Hmmphh . Seronok memang seronok . Macam macam pengalaman dan kenangan yang boleh kutip . Dan dari situ aku belajar banyak benda . Sangat banyak . Sungguh .
Aku dapat pengalaman baru , kawan baru dan azam baru . Cewahh . Poyoo ! Afzan . Adda . Dua dua ni sebaya dengan aku . Diorang la member sekerja aku . Oh lupaa nak bagitahu . Aku kerja kat dobi . Nama dobi tu Dobi Cuci . Hekhekhek . Seronok kerja situ . Walaupun penat gila gila , walaupun gaji sikit seciput je , aku tetap sayang gila nak tinggal dobi tu . Setakat ni aku okay lagi kerja kat situ . Alhamdulillah .
Act , seronok kerja sini tau . Kerja takde la banyak mana . Tapi duit masuk tiap tiap hari memang masyukkk . Lagi seronok gila gila bila kitorang tiga tiga sama sama kerja sampai malam . Memang seronok gila . Boleh lepak lepak . Santai je buat kerja . Sebab bos takde , memang lemak ah semua kan . Cuba kalau bos ada , memnag buat kerja tak cukup tangan la . Habis laju , habis cepat time buat kerja depan KakGee (bos) . Haha talam dua muka sungguh kitorang ni time depan bos .
Ni gambar atas ni apekehal jadi sampai oren cenggitu sekali pun aku tak tahuu laa . HAHA . Dia ni la nama Afzan . Act , dia ni satu sekolah dengan aku dulu . Sekelas lagi ni woii . Dia ni pandai dan saaaangaat la baik . Terlalu baik . Sungguh . Bila bercakap pun , lembut je . Kalau customer datang bising bising buat hal pun , bila dia bercakap , boleh terdiam customer tu . HAHA . Dia sangat lembut . Dia tegas dengan pendirian yang dia pegang . Walaupun aku ada yang tak setuju dengan benda yang dia pegang .
Okay . Time ni semua bising nak buat muka buruk . Last last aku sorang je muka buruk . Dan buruk nya memang ya ampun . Buruk gila gila . HAHA . Yang freehair tu , Adda . Nama sebenar dia panjang sangat leww . Malas nak taip . HAHA . Dia ni kan sebenarnya konon taiko tau . Dia ni bajet gengster la kononnya tau .Tapi hati lembut gila . Sangat sangat mudah touching kalau bercakap pasal orang yang dia sayang . Dia ni terlalu banyak pengalaman 'masa muda' tau . Dulu dia teruk . Tapi alhamdulillah sekarang dia dah okay . Kot . InsyaAllah dia boleh berubah dan perubahan tu konsisten sampai dewasa nanti . InsyaAllah . Dia ni kalau berdebat dengan afzan tu , memang boleh pecah lah dobi KakGee tu . HAHA . Sama sama nak menang taknak mengalah . Last last aku jugak jadi orang tengah nak mendiamkan dua dua ni . Hailaaa .
Bila fikir fikir balik , sebenarnya best kerja bila ada budak ni dua orang je pun . Biasanya aku dengan KakTa . Pekerja dobi jugak . Kalau aku dengan KakTa tu mesti suasana dobi macam kat tanah perkuburan tau . Sunyi je . Takde mende yang nak dibualkan . Kalau budak dua orang ni ada , memang kecoh la dobi tu . Seronok memang seronok . Tapi diorang ni selalu buat overtime(ot) kalau kakta tu cuti . Yalah . Bos suruh temankan aku kat dobi . Aku ni kan pekerja baru . Hekhekhek . Aku je la setakat ni takpernah lagi buat ot . Sebab bos tak pernah suruh . Lagipun kalau pandai pandai nak ot sendiri memang tak lepas nya . Sebab gaji tu takkan masuk pun sebab bukan arahan bos . Baik takpayah kalau gitu . Buat penat sendiri jeee .
Banyak benda aku belajar sebenarnya kat sini . Macam mana nak basuh , lipat , dry , jemur baju , karpet toto apa semua tu . HAHA . Macam kagum la dengan diri sendiri . Sebab kalau kat rumah nak lipat toto sehelai pun , jangan harap aku nak buat . Kalau kat sini , setiap hari sepuluh toto campur ngan karpet apa semua tu memang dah jadi mainan . Kalau kat rumah aku lipat baju , cincai cincai je . Sebab fikir nanti nak pakai jugak kan . HAHA bengongnya pemikiran aku . Tapi kalau kat dobi ni , aku memang akan lipat secermat yang boleh . Sebab nak puaskan hati customer . Dan hati sendiri . Sekarang pun kalau kat rumah dah slow slow lipat cantik cantik nak bagi orang dalam rumah ni puas hati . HAHA . Tapi kalau kat dobi kerja yang paling paling paling aku suka nak buat emm packing ! Aku suka pack toto , pack baju baju , pack karpet . Dan kalau aku pack mesti kemas gila . KakGee pun kadang kadang puji aku pack lawa . HAHA . Eh biasa laaaaa . hahaha
Customer yang datang hantar baju ke toto ke karpet ke memang banyak karenah . Tapi mengeluh la macam mana sekali pun , customer is always right walaupun karenah diorang dah tahap cipan babi air . HAHA . Sungguh weh . Yang gila gila cerewet macam celaka pun ada , yang bising bising kepoh macam natang pun ada . Yang paling tension nya nak melayan yang jenis sombong tak bertempat . Pehh kalau datang yang gitu memang bengang berasap la kepala weh . Ramai yang dah jadi customer tetap dobi ni . Tapi tu la . Tau la customer tetap . Tapi takpayah la nak kepoh macam dobi tu bapak dia yang punya . Memang celaka . HAHA . Yang pesen hantar baju berbakul bakul pun satu . Dah lah hantar harini , esok dah nak ambik . Tu lagi la celaka buat orang terkejar kejar . Babi ! Dah lah baju family dia je dah berbakul bakul . Apa dia ingat takde orang lain dah ke yang hantar baju kat dobi ni ? Tensiooon ! Yang pesen hantar baju kotor macam kena celup kat tanah tu lagi laa berasap weh . Dah lah kotor , lepastu busuk . Mesti lah kena basuh dua tiga kali . Lepastu nak demand macam macam suruh bagi diskaun . Bapak kau ! Bengang woii . Yang pesen hantar spender bergulung gulung tu lagi la bikin gua panas . Dah lah bahagian aku yang basuh basuh ni . Aku jugak yang kena terbalikkan spender tu lepastu letak dalam mesin basuh . Celaka lagi ! Yang spender kuning , koyang terbelah rabak bertompok tompok hitam pun ada . Time nak lipat tu , memang kena buat muka redho dan pasrah je la . HAHA .
Tapi kadang kadang , benda benda tu semua yang jadi modal buat jadi bahan gelak kitorang kat dobi . HAHAHA . Bila ingat balik , memang lawak gila . Pheeww . Kalau ada customer hantar baju atau dress yang grand grand ke mesti kitorang buat main dulu sebelum basuh . HAHA . Konon buat catwalk la apa la . HAHA memang bengong . Kalau hantar tudung lagi laa dahsyat . Hantar tudung orang kawen ke , tudung farida yang bertingkat tingkat tu ke , mesti kitorang gayakan dulu . Kononnya macam mak datin la . Haa ambik kau . HAHA . Macam macam jenis baju yang pernah aku tengok . Spesies baju pelik pelik tu dah jadi macam makanan kitorang dah . HAHA . Tapi kebanyakan orang yang hantar baju ni biasanya semua yang berjenama mewah mewah gila . Kadang kadang jelous bila tengok jenama baju diorang . Sungguh jeles wehh .
Setakat ni afzan sorang yang baru terima first pay daripada KakGee . Untung laaa . Adda maybe dapat 8haribulan ni kot . Aku maybe dapat 21haribulan nanti . Pehhh gila lambat lai woii ! Hmmpphh . Nak duit ni ! Alaaaaaa !
K la . Aku rasa sampai sini je la kot cerita fist time cari duit sendiri . Chow chin chow ! Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment